Pages

Tuesday 14 February 2012

Selamat Datang FORM 1 dan FORM 4 ke MRSM Tawau

Pelajar-pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4 sudah mendaftarkan diri masuk ke MRSM Tawau pada minggu lalu bagi sesi persekolahan 2012. Selamat datang teacher shahida ucapkan. Pelbagai input pembelajaran dan aktiviti akan menanti anda sepanjang anda berada di sini. Tabah dan kuatkan semangat untuk mengharungi hari-hari mendatang dengan azam yang kuat untuk berjaya menjadi insan cemerlang di dunia dan akhirat.Justeru itu, minggu ini adalah minggu pertama sesi pembelajaran mereka bagi sesi semester pertama 2012.

Pelajar-pelajar tingkatan 1 pada hari ini telahpun menjalani pre-test untuk subjek kemahiran asas sains (KAS) bagi program Kemahiran Asas Tingkatan 1(KAT 1). Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua yang terlibat dan memberi kerjasama yang sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment